MAJLIS TADARUS AL-QURAN & FESTIVAL NASYID PERINGKAT SEKOLAH
Posted by admin on March 02 2010 - 13:36:58
Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid Peringkat Sekolah telah dijalankan tempoh hari dengan bertemakan 'Al-Quran Penjana Wehdatul Ummah'. Pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya tilawah al-quran, hafazan, khat, kuiz agama, berzanji, syarahan agama dan forum pendidikan islam. Rumah Abu Bakar telah dinobatkan johan MTAQ pada tahun ini. Tahniah diucapkan.