JOHAN DEBAT MAYA MMU

SM Agama Persekutuan Labu telah menjadi Johan mengalahkan 20 buah sekolah yg hebat di dalam pertandingan Debat Maya Anjuran MMU . Pertandingan ini di sertai 20 Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah harian yang diadakan pada 10 hingga 12 Julai lalu. Majlis penyampaian hadiah pula telah diadakan pada 13 Julai 2020 bertempat di Dewan Mesyuwarah SMAPL bagi meraikan kemenangan dan merangkul hadiah bagi Johan Pertandingan Debat Maya MMU. 
 
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL), Negeri Sembilan muncul JUARA sulung Pertandingan Akhir Debat Maya MMU 2020 dengan mengalahkan Maktab Rendah Sains Mara Kuantan (MRSMKU), Pahang. Tahniah buat peserta, guru-guru terlibat khususnya Pn. Halimah dan juga ibu bapa!
 
SMAP Labu turut mengondol Pendebat Terbaik Pusingan Akhir melalui pendebatnya Muqri Hakim Bin Mustazha. Pada pusingan akhir debat, mereka membahaskan usul bertajuk: Dewan Ini Percaya Sudah Tiba Masanya Akta Jenayah dan Anti Buli Siber Dilaksanakanā€™.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *