MAJLIS PERASMIAN DAN PENJENAMAAN SEMULA BILIK ULANGKAJI ASPURI SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU

Pada tarikh 30 September 2020 hari Rabu, telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penjenamaan Semula Bilik Ulangkaji Aspuri yang bertempat di Surau Al-Hidayah. Majlis  dirasmikan oleh Mantan Pengetua Cemerlang Jusa C SMAPL, Puan Hajah Khuzaimah Bt Haji Sulaiman yang di sertai oleh Pengetua Cemerlang Jusa C SMAPL, Dr. Haji Abdul Jalil Bin Ahmad, pihak pentadbir SMAPL, pihak PIBG dan Sarana ibu bapa, guru-guru  serta pelajar mengikut garis panduan SOP yang telah di tetapkan.

Hasil bantuan dan usaha gigih semua ahli Sarana PIBG 2020, pihak sekolah akhirnya mempunyai bilik ulangkaji yang telah ditambah baik untuk pelajar puteri SMAPL. Pihak sekolah sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas usaha yang murni dalam mewujudkan bilik ulangkaji yang kondusif.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *