MAJLIS PERPISAHAN PN. NORRA & PN. SITI AIDA

Majlis Perpisahan dua orang Anggota Kumpulan Pelaksana SM Agama Persekutuan Labu, iaitu Pn. Norra dan Pn. Siti Aida telah diadakan pada 9 Oktober 2020, hari Jumaat bertempat di Dewan Sri Lestari.

Majlis ini diadakan bagi menghargai setiap usaha penat lelah mereka dalam melicinkan pentadbiran sekolah dan asrama SMAPL.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Norra dan Pn. Aida di atas sumbangan dan komitmen yang diberikan sepanjang bertugas di sekolah ini. Akhir kalam, semoga terus maju jaya di tempat yang baharu!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *