PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus  (PKSK) untuk kemasukan tingkatan satu tahun 2021 telah dilaksanakan di SM Agama Persekutuan Labu  pada 19 Oktober 2020 – 22 Oktober 2020. SMAPL merupakan salah satu pusat PKSK di daerah Seremban.

PKSK ini dilaksanakan kepada semua murid yang memohon untuk memasuki Sekolah Khas seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV) dan juga Maktab Tentera Diraja (MTD).

Untuk melancarkan proses PKSK di SMAPL, Ajk pelajar daripada kalangan murid tingkatan 3 telah dibentuk bagi membantu para guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana  (AKP) sekolah sepanjang PKSK berlangsung selama 4 hari. Terima kasih diucapkan.

Jom masuk SMAPL!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *