SMAP Labu berusaha untuk dapat:
  1. Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dan telus.
  2. Memastikan pencapaian akademik sentiasa terbaik.
  3. Membentuk sahsiah terpuji dan boleh dicontohi.
  4. Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan menjadi juara tersohor.
  5. Melahirkan pemimpin berjiwa Islam yang disegani dan dihormati.
  6. Mewujudkan iklim dini dan persekitaran sekolah yang kondusif.

Bahawasanya kami warga SMAP Labu dengan penuh tekad dan iltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan:

  1. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra.
  2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang jelas, menarik dan berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM.
  3. Memberikan bimbingan kepada pelajar untuk menjadi insan seimbang, harmoni dan boleh diteladani dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani dan kepimpinan.
  4. Memberikan maklum balas kepada ibu bapa mengenai perkembangan dan kemajuan anak mereka dari semasa ke semasa.
  5. Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua urusan rasmi

(1) Pendaftaran pelajar dalam masa 15 minit seorang.
(2) Laporan prestasi pelajar dua minggu selepas peperiksaan.
(3) Borang pertukaran pelajar dalam masa 30 minit.
(4) Mengeluarkan resit yuran melalui bank slip yang diterima daripada ibu bapa dalam masa 10 minit seorang.
(5) Pengesahan sijil / dokumen peribadi dalam masa 30 minit.

 

  • Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
  • Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
  • Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara

 

VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

 

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

 

“Berilmu, Beriman Dan Beramal”